Insiden pengadil cedera dalam aksi Liga Super melibatkan Perak dan Kedah membuka pekung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tidak peka dengan pemilihan pengadil dan barisan pegawai dalam setiap perlawanan.
FAM tidak meneliti kriteria pemilihan pengadil bagi mana-mana perlawanan.
Kecederaan pengadil perlawanan, Hamdan Awang, malam tadi sepatutnya diganti pegawai perlawanan keempat, Abdul Halim Ramlan, namun dibantah Kedah atas faktor Halim yang merupakan anak jati Perak.
Perbincangan hampir 30 minit akhirnya memilih penolong pengadil pertama, Shahreen Omar, untuk mengadili perlawanan untuk baki perlawanan.
"Perkara sebegini seharusnya dijangka berlaku kerana kita tidak mengetahui pada bila-bila kecederaan sebegini boleh berlaku kepada sesiapa," kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak.
Kegagalan komisioner perlawanan menyelesaikan kemelut yang dihadapi telah menggugat tempo permainan, sekaligus mengecewakan kedua-dua pasukan dalam memburu kemenangan di Stadium Perak, Ipoh.
"Ia merencatkan momentum permainan dan ia agak menggugat persembahan kami," kata pemain Perak, Brendan Gan.
Lebih memalukan, insiden yang dianggap mengejutkan itu menjadi pengalaman pertama majoriti pemain dan jurulatih bagi Kedah dan Perak.
"Ini merupakan pengalaman pertama saya menyaksikan insiden sebegini berlaku dalam perlawanan bola sepak," kata jurulatih Perak, Mehmet Durakovic.