Timbul spekulasi mengatakan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak memiliki kualiti yang baik, namun perkara itu ditepis oleh presiden, Datuk Seri Joehari Ayub.
Ada yang menganggap bahawa kehadiran semula mantan presiden, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, dalam badan induk itu sebagai 'pertolongan' dan membantu tadbir urus FAM ketika ini.
Joehari yang ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, menjelaskan pelantikan Hamidin selaku Presiden Kehormat FAM ditagih oleh kerana memiliki sumbangan besar dan pengalaman luas dalam arena bola sepak tanah air.
"Tidak sama sekali.
"Semua memiliki kredibiliti masing-masing.
"Cuma kita anggap bahawa pelantikan Tan Sri selaku presiden kehormat untuk penambahbaikan dengan sedia ada," katanya.
Hamidin sah diangkat selaku Presiden Kehormat selepas diumumkan dalam Kongres Luar Biasa (EGM), hari ini.
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan pengaruhnya di peringkat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), mahupun merekodkan pencapaian hebat dalam kancah tempatan sejak awal penglibatannya dalam bola sepak negara.

Presiden FAM Datuk Joehari Ayub nafi barisan kepimpinan FAM tiada kualiti.
— FinaNasrom (@fnasrom) June 30, 2025
Namun mengakui pengaruh yang ada pada Tan Sri Hamidin Mohd Amin mampu tambah nilai buat FAM pic.twitter.com/9OF7pzCCQy