"Jangan jadi Singapura."
Itu rujukan utama yang diluahkan bekas pengendali kebangsaan, Irfan Bakti Abu Salim, merujuk kepada hasrat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mahu melebarkan usaha untuk mengambil pemain naturalisasi demi kemajuan skuad kebangsaan.
Apa yang cuba disampaikan Irfan adalah pemilihan pemain itu sendiri haruslah memiliki masa depan yang panjang bersama skuad negara.
Tiada gunanya mengambil pemain yang sudah berumur tetapi jangka masa untuk mereka berkhidmat begitu singkat.
"Ya, kita harus dapatkan pemain-pemain yang baik, memiliki fizikal yang bagus dan sebagainya. Usah jadi seperti Singapura, mengambil pemain-pemain berusia lebih 30 tahun," kata Irfan.
Hakikatnya, kelibat pemain naturalisasi haruslah bersifat sementara dan dalam satu tempoh yang lain, hak menyarung jersi negara haruslah diserahkan semula kepada pemain tempatan.
Nada hampir sama juga dinyatakan ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, yang berpendapat banyak perkara perlu diperhalusi sebelum penerimaan pemain naturalisasi ke dalam skuad negara.
"Pada akhirnya, langkah itu perlu dijalankan dengan teliti, sama ada ia memberikan kebaikan untuk masa depan. Banyak perkara harus diambil kira," tambah Rajagobal.
Sementara itu, pilihan paling hampir yang dimiliki negara ketika ini sudah pasti penyerang Pahang, Mohamadou Sumareh, yang sudah memiliki status warganegara Malaysia sejak April lalu.
Secara keseluruhan, pemain itu menepati kriteria yang diletakkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), iaitu melebihi tempoh lima tahun dan dia turut menyambut baik hasrat yang disuarakan FAM.
"Malaysia memiliki beberapa pemain tempatan yang sangat bagus. Mereka telah melakukannya dalam saingan Piala Suzuki AFF sebelum ini, mara ke final, separuh akhir serta pernah menjuarainya.
"Negara-negara lain seperti Indonesia dan Thailand, mereka juga menggunakan pemain naturalisasi. Malaysia tidak tetapi masih mampu melangkah jauh. Jadi, saya rasa langkah itu mampu menambahkan kekuatan mereka," ujar Sumareh.