Skip to main content

Bola Sepak

Fajer terus galas tanggungjawab di Kelantan

fajer-ibrahim.jpg
Ketua jurulatih, Fajer Ibrahim, kekal bersama Kelantan. 

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, selepas mengadakan pertemuan dengan jurulatih kelahiran Syria itu, hari ini.

Rabu lalu, Fajer meluahkan hasrat untuk meletak jawatan sejurus kekalahan 0-2 kepada PKNP FC melalui penolong jurulatih, Yusri Che Lah, sambil menuding jari kepada tangan ghaib di dalam persatuan itu dan menyatakan tidak mendapat sokongan penuh dalam usaha mereka untuk keluar dari zon penyingkiran. 

Bagaimanapun, dia membuat pusingan 'U' hari ini dan sedang mempersiapkan The Red Warriors (TRW) yang rata-rata dibarisi pemain muda bagi menghadapi Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Kota Bharu, malam esok. 



 

Advertisement

Must Watch Video