Cesc Fabregas menyeru Chelsea supaya mula berasakan kehangatan final Piala FA menentang Manchester United, tengah malam minggu ini.
Skuad kendalian Antonio Conte itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini di tangga kelima, yang bermakna mereka tidak akan beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.
Perebutan Piala FA dengan United di Stadium Wembley menawarkan peluang untuk menebus kegagalan mempertahankan kejuaraan liga manakala ini mungkin menjadi sentuhan terakhir Conte bersama The Blues.
Begitupun, Fabregas yang mengahwini Daniella Semaan dalam satu majlis mewah semalam, terdesak untuk menamatkan kempen musim ini dengan trofi setelah mengakhiri saingan liga dengan kekalahan 0-3 kepada Newcastle United.
"Semangat anda perlu berkobar-kobar di dalam diri, semangat yang ditunjukkan di atas padang dan ini bukan sesuatu yang saya atau jurulatih boleh jelmakan kepada pemain," katanya seperti yang dipetik oleh Sky Sports.
"Semangat -- sama ada anda memilikinya atau tidak -- kami perlu memastikan semua orang beraksi cemerlang.
"Pada hari pertama kami kembali berlatih sejak kekalahan kepada Newcastle, jelas sekali kami perlu bermain lebih baik tetapi saya 100 peratus yakin bahawa kami tidak perlu mengungkitnya.
"Tetapi, untuk perlawanan terakhir, ia adalah permainan yang hebat dan biasanya dalam perlawanan seperti ini, anda tidak perlu memotivasikan pemain kerana kami sedang melakukan apa yang kami gemari dan kami perlu melakukannya 120 peratus.
"Ia perlawanan akhir menentang United di pentas besar di Wembley untuk perlawanan terakhir musim ini, anda hanya mencurahkan segalanya," tambahnya.