Pengendali Tottenham, Ange Postecoglou, mengakui zaman Liverpool sewaktu 1970-an dan 80-an menanam keinginan yang tinggi untuknya menjadi jurulatih.
Dia juga tidak segan untuk menceritakan betapa besar cintanya untuk Liverpool yang sampai kini masih segar di ingatannya, di mana dia pada satu ketika dulu pernah menonton perlawanan awal pagi di Australia bersama ayahnya, Jim.
Kenny Dalglish adalah wira yang mendorong jurulatih berusia 58 tahun itu dan dia percaya menyaksikan pasukan Bill Shankly dan Bob Paisley memenangi Piala Eropah membantunya membentuk laluan kerjaya kejurulatihannya, yang kini dapat dibuktikan dengan kejayaan.
"Saya hanya fokus dalam dunia bola sepak," kata Postecoglou menjelang perlawanan menentang Liverpool awal pagi esok.
“Saya pernah katakan sebelum ini, ia bukan sekadar bermain sewaktu di dalam padang tetapi kegilaan saya sepenuhnya terhadap bola sepak. Saya ingin mempelajari segala aspek dan memang benar, saya terpesona dengan budaya di kelab seperti Liverpool.
"Saya suka membaca buku The Boot Room yang bercerita tentang Shankly, Paisley, dan Ronnie Moran. Sama juga buku tentang Sir Alex (Ferguson) atau Jock Stein.
“Nampaknya, walaupun pada usia muda, saya sudah mempunyai daya tarikan untuk menjadi pengurus dan orang yang berpengaruh dalam pasukan kerana saya menyukai bola sepak.
“Sewaktu kecil, kita semua mempunyai sesuatu yang kita suka dan diberi motivasi untuk mencapai cita-cita itu. Saya hanya suka membaca tentang sejarah kelab bola sepak dan orang-orang hebat di dalamnya.
“Sudah semestinya Liverpool pada masa itu sentiasa mempunyai cerita unik di dalam Boot Room dan bagi saya, ia hampir sama seperti membaca kisah dongeng sepanjang masa." tambahnya lagi.
Postecoglou sangat menghormati pasukan Liverpool dan pengurus mereka Jurgen Klopp, yang akan memberi ujian besar untuk bertemu dengan lawan itu, yang ketika ini merekodkan perlawanan tanpa kalah di laman seendiri dalam saingan liga.