Bintang RB Leipzig, Timo Werner, menyifatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai "saingan paling menarik" di Eropah.
Penyerang itu hangat diperkatakan akan meninggalkan Leipzig pada 2020 selepas meletakkan kelab berkenaan di persada Bundesliga ketika ini.
Werner telah menyumbat 18 gol dalam 17 perlawanan liga bersama pasukan kendalian Julian Nagelsmann itu sehingga mencetuskan minat daripada kelab luar, termasuk jaguh domestik, Bayern Munich.
Chelsea dan Real Madrid merupakan dua pasukan gergasi yang dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran terhadap pemain berusia 23 tahun itu -- dilaporkan mempunyai klausa pelepasan yang boleh diaktifkan bulan ini.
Walaupun Werner tidak berhasrat untuk angkat kaki sebelum akhir musim ini, dia meluahkan minat terhadap EPL dan mungkin akan mengikut jejak bekas pemain tengah Madrid, Mesut Ozil, dan Sami Khedira.
"Liga Perdana pastinya kancah yang paling menarik, anda perlu mengakuinya," katanya kepada Bild. "Ada tarikan tertentu untuk menonton Liga Perdana Inggeris dan beraksi di sana.
"Tetapi ramai pemain Jerman juga telah berjaya di Sepanyol seperti Sami Khedira dan Mesut Ozil.
"Setakat ini, saya tidak mempunyai keinginan untuk berpindah ke tempat lain."
Leipzig, yang akan menjadi tuan rumah kepada Union Berlin esok, kini menguasai liga dengan kelebihan dua mata di depan Borussia Monchengladbach apabila saingan Bundesliga kembali bersambung hujung minggu ini.
Editor: Shaiful Shamsudin