Pep Guardiola mengakui bahawa Ederson begitu hampir meninggalkan Manchester City tetapi akhirnya kekal berikutan gagak mencapai kata sepakat dalam soal yuran perpindahan.

Pemain Brazil itu dikaitkan ke Liga Pro Saudi dengan kedua-dua Al-Nassr dan Al-Ittihad dilaporkan berminat untuk menandatangani.

Sejak menyertai kelab itu pada Jun 2017, Ederson hanya dibolosi 113 gol dalam 257 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia telah memenangi 15 trofi utama bersama City, yang merangkumi enam kejuaraan mahkota EPL, dua trofi Piala FA dan satu gelaran Liga Juara-Juara, serta Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab.

Ederson telah beraksi dalam ketujuh-tujuh perlawanan EPL setakat ini musim ini dan mengekalkan hanya satu rekod tanpa bolos dan melepaskan lapan gol.

Justeru, Guardiola gembira dia dapat mengekalkan Ederson yang terus memainkan peranan penting dalam barisan kendaliannya.

“Dia adalah tokoh penting bersama pasukan kami,” katanya kepada laman sesawang kelab itu.


A post shared by Manchester City (@mancity)



"Kami bertuah dapat memilikinya dan saya harap dia gembira. Eddy sangat mengenali kami dan sedar apa yang perlu kami lakukan.

"Dia tahu sejak hari pertama lagi saya tidak mahu dia berhijrah. Sebenarnya tawaran sebenar itu tidak datang.

"Mereka membuat tawaran tetapi penjaga gol yang memenangi empat EPL berturut-turut pastinya mempunyai nilai dan harga tertentu. Jika tidak, dia tidak boleh pergi.

“Jika tawaran konkrit itu datang, mungkin dia tidak sepatutnya berada di sini. Inilah kebenarannya.

"Ederson begitu berpendirian teguh tetapi sebaik dia berubah fikiran, dalam sesaat sahaja dia berkata dia berada di sini dan berikrar melakukan yang terbaik."