NEWCASTLE 5 PALACE 0
Oliver Glasner mengakui Crystal Palace tidak dapat menangani "keamatan, keteraturan dan kepantasan" Newcastle United selepas dibelasah 0-5 di St James' Park, awal pagi tadi.
Selepas menempa tujuh perlawanan tanpa kalah, skuad The Eagles kini mengalami rentetan kekalahan pula selepas tumbang 2-5 kepada Manchester City hujung minggu lalu.
Ia adalah kali pertama Palace melepaskan lima gol berturut-turut sejak Februari 1935, manakala ia adalah kekalahan terburuk dalam karier pengurusan Glasner.
Anak buahnya tidak mempunyai jawapan apabila lawan mereka ketinggalan 0-4 dalam separuh masa -- termasuk gol sendiri Marc Guehi -- sambil sepakan penalti Eberechi Eze diselamatkan.
"Saya rasa Newcastle sangat bagus dan telah membuktikannya sejak beberapa minggu lalu," kata pengurus itu kepada BBC Match of the Day.
"Kami tidak mampu menangani keamatan, corak permainan dan kepantasan mereka.
"Apabila kami mahu mengatur gerakan, ia tidak berjaya. Ada beberapa hari yang kami akan lalui apabila tiada sebarang pendekatan yang berjaya dan pada masa yang sama, semuanya memihak Newcastle.
"Kadang-kadang, lebih baik jangan terlalu mengupasnya dan kami perlu mencampakkanya ke dalam tong sampah. Inilah yang akan kami lakukan hari ini.
"Kadangkala, kami tidak mempunyai jawapan yang tepat. Kami tidak mengubah apa-apa tetapi keadaan tidak berfungsi buat kami. Kami harus bersikap jujur. Kami adalah Crystal Palace dan jika kami tidak berikan persembahan terbaik, itu adalah kerana Newcastle dan Manchester City lebih baik daripada kami.
"Mungkin, ia bagus untuk kami berundur selangkah.
"Ketika ini, kami akan fokus kepada perkara asas dan ingat apa yang menjadikan kami begitu kuat. Sekarang bukan masa untuk menuding jari. Kami hanya akan cermin diri sendiri dan saya akan melihat apa yang boleh diubah sedikit."

2 - Marc Guéhi has scored an own goal in both games against Newcastle in the Premier League this season, just the second time a player has netted one home and away against an opponent in a single campaign (after Jamie Carragher v Tottenham in 1998-99). Oops. pic.twitter.com/CAw9pUAvOG
— OptaJoe (@OptaJoe) April 16, 2025