Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Peserta didedah teknik terbaik bina kualiti

vivian.

Hari kedua Astro Kem Badminton (AKB) terus menyajikan pembelajaran teknik-teknik terbaik daripada jurulatih untuk dicurahkan kepada peserta yang hadir di Arena Sukan Kuala Lumpur hari ini.

Ia dengan misi dan harapan menggunung untuk membentuk mereka menjadi pemain berkualiti satu hari nanti.

Bekas pemain beregu wanita negara, Vivian Hoo, mengakui jurulatih perlu menilai sebaik mungkin setiap aspek yang dimiliki peserta untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan era baharu.

"Pemain memang kebanyakannya berada di tahap hampir sama dan dalam proses pemilihan perlu lebih terperinci," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

"Ia untuk mengenal pasti pemain mana yang berbakat."

 

Must Watch Video