Pengurus Sepanyol, Luis Enrique, akan mempertimbangkan pertahanan Valencia, Gabriel Paulista, dalam senarai pasukannya jika dia boleh mewakili La Roja.
Pemain kelahiran Brazil, Paulista, kini dalam proses mendapatkan kewarganegaraan dan tahun lalu, dia menyatakan minat untuk menyarung jersi Sepanyol sebaik sahaja mendapat kelulusan.
"Saya sedar setiap pemain yang mampu dipanggil," katanya.
"Paulista akan melalui proses yang mampu membuatkannya layak mendapat tempat."
Jika Paulista membarisi skuad kebangsaan Sepanyol dalam Euro 2020, ia akan membuatkan semua peminat bola sepak teringat terhadap langkah Diego Costa menyarung jersi La Roja berbanding Brazil dalam Piala Dunia 2014.
Costa gagal membantu juara bertahan itu sehingga tersingkir di peringkat kumpulan dan walaupun dia akhirnya meledakkan 10 gol dalam 26 penampilan, penyerang Atletico Madrid itu tidak beraksi di peringkat antarabangsa sejak tewas di tangan tuan rumah, Russia, dalam penentuan sepakan penalti.
Sepanyol akan berdepan Sweden, Poland dan wakil daripada play off dalam Kumpulan E bagi saingan Euro 2020.
Editor: Nafis Abdullah