Ibarat pepatah Melayu “sudah jatuh di timpa tangga” itu yang boleh digambarkan tentang nasib pasukan Kelantan setelah tewas dengan jaringan yang besar buat kali ketiga dalam masa dua minggu.
Kali ini bersama Selangor di hadapan penonton mereka sendiri dan sudah tentu ini akan memberikan tekanan kepada pemain-pemain muda The Red Warriors setelah mereka diaibkan dalam dua perlawanan itu.
Bukan mudah untuk mengangkat muka mereka apabila moral dan keyakinan diri sendiri mereka semakin hilang.
Bagaimanakah nasib masa depan pemain-pemain muda Kelantan ini?
Persoalan inilah yang bermain di benak pemikiran penulis. Lihat sahaja apabila wisel penamat dibunyikan, mereka menangis seperti tidak tahu apakah nasib mereka seterusnya.
Ini perlu difikirkan dengan logik dan resional oleh pengurusan The Red Warriors sekiranya kekalahan demi kekalahan yang besar ini sudah pasti akan memberi imej yang kurang baik kepada pasukan yang pernah digelar gergasi bola sepak Pantai Timur dan tanah air suatu ketika dahulu untuk menarik penaja.
Selain itu juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (FAM) perlu melakukan sesuatu untuk memantau dan membantu The Red Warriors dengan lebih dekat agar imej dan jenama serta nilai kormesial bola sepak Malaysia tidak tercemar.
Selain itu, pihak FAM juga perlu menyelidik dan membantu pemain-pemain muda Kelantan, apakah sebenarnya yang berlaku di dalam pasukan Kelantan ini kerana ia akan memberi kesan yang mendalam kepada emosi dan moral mereka.
Jika keputusan-keputusan dengan kekalahan yang besar ini berterusan pasti akan memberi tekanan emosi yang besar kepada barisan muda Kelantan ini dan pasti boleh membunuh kerjaya mereka.
Bukan itu sahaja, malah ia akan terus sukar untuk menarik minat anak-anak Kelantan untuk menjadikan bola sepak ini sebagai satu kerjaya kerana ia merasa tidak selamat untuk bermain untuk kelab di negeri kelahiran mereka.
Lakukanlah sesuatu FAM dan MFL agar bola sepak terus maju dan tidak terpalit dengan imej-imej yang negatif.

"hilang bola, pasti mati" - reaksi pengendali Kelantan, Alfredo Angel Vera susulan kekalahan kepada Selangor dengan jaringan besar.#demiligakita pic.twitter.com/aC8ZgPTClM
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 25, 2023