CAEN 0 PSG 0
Unai Emery mengucapkan tahniah terhadap Caen kerana berjaya kekal berada dalam Ligue 1 selepas seri 0-0 dengan Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan terakhirnya sebagai jurulatih kepada juara Perancis itu di Stade Michel-d'Ornano, awal pagi tadi.
Emery menyenaraikan satu barisan eksperimen yang diketuai oleh pemain tengah veteran, Thiago Motta, serta menampilkan pemain muda, Timothy Weah dan Christopher Nkunku dalam perlawanan perpisahannya itu.
Ia dibentuk untuk memberi peluang -- sesuatu yang sesuai kepada Caen yang memerlukan mata untuk mengelak daripada tersingkir.
"Kami mahu menang tetapi benar Caen memerlukan mata untuk kekal dalam Ligue 1," kata Emery kepada wartawan.
"Kunci permainan itu adalah babak pertama, di mana kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Caen juga mempunyai peluang yang baik tetapi diselamatkan oleh Alphonse Areola.
"Kami mesti mengucapkan tahniah kepada Caen. Saya telah menghabiskan masa saya di PSG dengan banyak perkara positif dan saya berharap PSG akan menjadi yang terbaik untuk masa depan," ujarnya.
Emery, yang menyerahkan tugas mengendalikan juara 'treble' domestik itu kepada Thomas Tuchel, tidak akan bergegas dengan perpindahannya selepas ini.
"Saya berdiam, saya tunggu dengan diam," katanya. "Seperti setiap tahun selepas akhir musim, sudah tiba masanya untuk menghabiskan masa dengan keluarga dan rakan-rakan, melakukan perkara yang berbeza dan terus mengikuti apa yang berlaku dalam bola sepak."