Dua pemain bola sepak Jepun termasuk seorang pemain dalam kancah Liga A Australia di mahkamah Melbourne semalam mengaku terbabit dalam mengatur perlawanan dan bertaruh.
Riku Danzaki, 25, bekas pemain tengah Western United yang berpangkalan di Melbourne itu mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan sengaja mengutip kad kuning dalam perlawanan di antara April dan Mei lalu bagi tujuan memanipulasi keputusan pertaruhan ketika dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Melbourne.
Yuta Hirayama -- seorang pelajar berusia 27 tahun yang merupakan rakan Danzaki dan bermain untuk sebuah kelab amatur di Melbourne -- turut mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan pertaruhan sambil menggunakan maklumat mengenai rancangan Danzaki untuk bertaruh dalam perlawanan tersebut.
Kedua-duanya bertaruh ke atas Danzaki agar menerima kad kuning dalam tiga perlawanan Liga-A, sekali gus mengaut kemenangan hampir AU$16,000 (RM28,832).
Peguam pembelaan Danzaki Lewis Winter memberitahu mahkamah anak guamnya sangat malu dan benar-benar menyesal atas tindakannya.
Majistret mahkamah, bagaimanapun, tidak akan mempertimbangkan hukuman penjara kepada mereka dan penalti dianggap denda paling sesuai.
Kedua-dua lelaki itu ditahan pada 30 Mei lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin sebelum mengetahui nasib sebenar mereka pada 22 Ogos depan.