Percaturan Dollah Salleh menyerap tekanan dan serangan Terengganu FC (TFC) membuahkan hasil untuk membolehkan Pahang meraih kemenangan 3-1 dalam Liga Super di Kuala Terengganu, malam tadi.
Menjangkakan tentangan lebih sengit diberikan TFC, jurulatih Pahang itu menyifatkan disiplin ditunjukkan skuad bimbingannya berperanan penting menyumbang kepada tiga mata itu.
Arahan diberikan untuk menyekat TFC daripada memperoleh jaringan awal juga meningkatkan keyakinan barisan pemain Tok Gajah yang lebih bijak menghukum kelekaan benteng lawan.
“Sekiranya boleh mengelak daripada dibolosi pada 15 minit pertama, kami berpeluang menguasai rentak permainan dan itu yang saya pesan kepada pasukan.
“Walaupun tidak banyak mencipta gerakan berbahaya, pemain-pemain memanfaatkan tiga peluang terbaik,” kata Dollah.
Bekas pengendali kebangsaan itu turut memberikan pujian kepada pasukannya yang mengekalkan rentak kemenangan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan.
Kedatangan ke Kuala Terengganu malam tadi juga, jelas Dollah, membuktikan Pahang berupaya memberikan saingan serta tidak gentar dengan mana-mana pasukan.
“Pemain-pemain sudah meletakkan sasaran untuk mencari tiga mata dan saya gembira mereka membawa semangat itu ke atas padang.
“Kami sedar rekod kami tidak berapa baik di sini. Jadi, disiplin sepanjang 90 minit sangat penting,” tambahnya.