Pemain tengah T-Team, Dilshod Sherofetdinov, mahu rakan-sepasukannya bangkit di halaman sendiri dengan menewaskan Kelantan dalam aksi Liga Super, malam ini.
Menurutnya, kelebihan selaku tuan rumah perlu dimanfaatkan apatah lagi baki perlawanan di Kuala Terengganu akan menemukan lawan lebih sukar iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang dan Melaka United.
Tambah Dilshod, kegagalan mengutip mata penuh akan menyulitkan The Titans sambil menyifatkan Kelantan sebagai lawan yang sukar dengan masing-masing memburu kedudukan terbaik dalam liga.
“Kami akan turun dengan misi kemenangan dan untuk mencapai misi itu, barisan pertahanan perlu lebih mantap.
“Kelebihan beraksi di halaman sendiri harus digunakan sepenuhnya untuk menebus kekalahan di Kota Bharu,” ujar pemain dari Uzbekistan itu.
Dalam perkembangan sama, ketua jurulatihnya, Rahmad Darmawan, mengakui pasukannya perlu segera memperbaiki kelemahan di barisan pertahanan.
Pemerhatian pengendali kelahiran Indonesia itu dibuat selepas T-Team dibolosi sembilan gol dalam tiga perlawanan yang lalu.
Kesilapan ketara ujarnya, ialah kelekaan menghadapi serangan balas dari pasukan lawan sekaligus memerangkap pemain-pemainnya.
“Organisasi permainan di bahagian benteng menjadi keutamaan ketika ini. Situasi melepaskan gol dari kesilapan kami harus dielakkan dari terus berlaku.
“Saya berharap kebangkitan selepas dua kali ketinggalan bertemu Negeri Sembilan, Jumaat lalu, menjadi momentum terbaik pemain-pemain,” kata Rahmad.