Angel Di Maria berhasrat untuk meneruskan kariernya di Eropah bersama Paris Saint-Germain (PSG) sambil memuji Thomas Tuchel kerana berjaya menghadirkan prestasi terbaik musim ini.
Di Maria dalam prestasi yang cemerlang bagi musim 2019-20 dengan menjaringkan 10 gol dalam semua kejohanan dan melakukan lapan bantuan jaringan dalam saingan Ligue 1.
Segalanya mungkin berbeza buat Di Maria, yang disahkan mahu meninggalkan PSG pada 2018 sebelum perbincangan dengan Tuchel meyakinkan dirinya untuk kekal di Parc des Princes.
Pemain berusia 31 tahun itu bakal kehabisan kontrak pada 2021 dan perbincangan mengenai kontrak lanjutan masih belum dijalankan.
Dia berharap dapat kekal beraksi di Eropah bersama PSG sebelum kembali ke Argentina untuk bersara.
"Saya masih belum berbincang dengan sesiapa (mengenai pembaharuan kontrak)," kata Di Maria.
"Saya tidak memikirkannya buat masa ini, saya masih lagi berbaki setahun dalam kontrak saya. Saya yakin dan mahu terus memberikan yang terbaik.
"Saya mahu menamatkan karier di Eropah bersama PSG dan gembira bersama pasukan. Kemudian saya mungkin mahu beraksi di Argentina semula."
Di Maria turut berkata Tuchel merupakan salah seorang jurulatih yang yakin dengan kemampuannya.
"Beliau memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada saya. Beliau berbincang bersama saya di Barcelona sebelum Piala Dunia 2018," katanya.
"Beliau meyakinkan saya untuk kekal di PSG dan saya berasakan ia adalah sebab saya tidak berhijrah.
"Sukar untuk menerima apabila bekas pengendali, Unai Emery, menjanjikan waktu beraksi untuk saya tetapi sebaliknya yang berlaku, ia amat mengecewakan saya.
"Tetapi Tuchel percaya dengan kemampuan saya dan memberikan seluruh kepercayaannya kepada saya. Saya berasakan tidak ramai jurulatih memiliki sifat yang sama."
Editor: Ammar Hakim