Ketika perhatian majoriti peminat bola sepak tertumpu kepada jelajah pra-musim pasukan kesayangan serta perkembangan terbaru jendela perpindahan, satu acara gilang gemilang sedang berlangsung – Piala Dunia Wanita 2023 yang dihoskan oleh Australia dan New Zealand.
Mungkin tidak ramai yang mengikuti mahupun meminati versi wanita ini, namun di mata mereka yang memerhati, nescaya harus didapati bahawa kualiti yang ditunjukkan tetap berada di tahap tinggi dan aksi yang dipamerkan tidak kurang menakjubkan.
Di saat ini, peringkat kumpulan telah pun selesai dan tajuk perbualan utama adalah tentang pasukan wanita Jerman.
Menurut kedudukan rasmi yang diterbitkan FIFA, Jerman menduduki tangga kedua dunia, hanya di belakang Amerika Syarikat yang telah mendominasi bola sepak wanita buat sekian lama. Namun malang sekali, Jerman mengakhiri kumpulan mereka dengan keputusan satu menang, satu kalah dan satu seri, menyebabkan mereka berakhir di tangga ketiga dan tersingkir daripada pertandingan.
Bagaikan gejala deja vu, pada Piala Dunia 2018, pasukan kebangsaan lelaki Jerman tersingkir daripada pertandingan itu apabila tewas 0-1 di tangan Korea Selatan, menyebabkan keriuhan satu dunia kerana Jerman hadir sebagai juara bertahan.

Skrip yang hampir sama berulang apabila pasukan wanita mereka hanya mampu seri 1-1 dengan Korea Selatan semalam, sekali lagi menimbulkan kekecohan dan mengundang kritikan pedas semua pihak.
Dalam perlawanan itu, Jerman nyata terlalu bersandar kepada penyerang utama mereka, Alexandra Popp, seorang pemain yang namanya cukup digeruni, bagi memacu kemenangan tetapi usaha seorang pemain semata-mata semestinya terlalu berat untuk menggalas beban seluruh negara.
Bekas pemain wanita kebangsaan England, Karen Carney, pernah mengarang satu artikel dalam akhbar The Guardian yang menyorot tentang Popp dan kegigihan serta semangat pemain itu.
Menurut Carney, ramai pemain pertahanan England dilanda keresahan apabila mengetahui mereka harus berhadapan dengan Popp dan sedar jika mereka tidak bersedia sepenuhnya daripada segi fizikal dan mental, Popp akan ‘menyembelih’ mereka tanpa belas kasihan.
Biarpun menjaringkan gol dalam setiap perlawanan untuk Jerman sewaktu pertandingan ini, dengan empat gol keseluruhannya, Popp hanya mampu berkata: ‘Saya sama sekali tidak faham apa yang terjadi’ sewaktu wisel penamat ditiupkan, tangan diletakkan di atas kepala sebagai tanda kekecewaan.
Pengurus pasukan mereka, Martina Voss-Tecklenburg, diramalkan bakal menanggung segala beban kesalahan dan masa depannya bersama pasukan kini tidak dapat dipastikan.
Di sebalik kedukaan Jerman, Maghribi yang dibelasah 6-0 oleh negara itu dalam perlawanan pertama tampil menjadi wira.
Biarpun kedudukan rasmi mereka adalah 70 tempat di bawah Jerman dan memulakan pertandingan dengan kekalahan perit, mereka bangkit dengan semangat yang cukup tinggi dan keyakinan yang mendalam hingga membolehkan mereka mencatatkan dua kemenangan ke atas Korea Selatan dan Colombia lalu layak ke pusingan kalah mati.
Pasukan pilihan tersingkir awal, pasukan ‘underdog’ pula mencatatkan kejutan, nyatalah skrip sebegini tidak hanya terjadi dalam bola sepak lelaki.
Segala yang terjadi dalam pertandingan ini membuktikan bahawa sukan bola sepak merupakan sesuatu yang indah dan sama sekali tidak boleh diramal.
Seluruh dunia bakal terus menantikan apa yang terjadi seterusnya, dan apa yang pasti adalah lebih banyak aksi menarik akan dapat kita saksikan.
ends