Napoli melengkapkan proses menandatangani pemain tengah RB Leipzig, Diego Demme, dengan perpindahan yang dilaporkan bernilai €12 juta (RM54.4 juta).
Pemain yang pernah sekali mewakili skuad kebangsaan Jerman itu menyertai Leipzig dalam liga divisyen tiga pada 2014 dan menjadi tonggak utama sehingga membawa pasukan itu layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selain melakukan 17 penampilan dalam Bundesliga musim ini.
Tetapi Demme, yang bapanya berbangsa Itali dan dinamakan sempena legenda Napoli, Diego Maradona, sedia meninggalkan pasukannya itu untuk menyertai skuad Partenopei berkenaan.
Pasukan gergasi Serie A itu, yang bergelut sepanjang musim ini sebelum menggantikan pengurus, Carlo Ancelotti, dengan Gennaro Gattuso, mengesahkan kemasukan pemain berusia 28 tahun itu malam tadi.
Pemain tengah bertahan berkenaan mendedahkan bahawa Gattuso dan bekas rakan sepasukannya di AC Milan, Andrea Pirlo, merupakan idolanya.
Dia juga berkemungkinan akan dituruti oleh seorang lagi pemain tengah baru, Stanislav Lobotka, yang dilaporkan hampir pasti meninggalkan Celta Vigo untuk menyertai Napoli.
Editor: Muzaffar Musa