Penyerang Barcelona, Ousmane Dembele, mengalami kecederaan lutut kanan dalam kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Real Sociedad di Camp Nou, awal pagi tadi.
Dembele, 21, dikeluarkan pada awal separuh masa kedua selepas mengalami kecederaan akibat terjahan daripada Raul Navas.
Juara LaLiga itu mengesahkan bahawa pemain antarabangsa Perancis itu terseliuh lutut kanan dan akan dipantau kakitangan perubatan kelab untuk beberapa hari akan datang.
Kecederaan itu sedikit membimbangkan buat Perancis dalam persiapan yang kini kurang sebulan untuk ke Piala Dunia di Russia.
Dembele adalah sebahagian daripada skuad Didier Deschamps yang akan memulakan kejohanan itu dengan menentang Australia pada 16 Jun.