Skip to main content

Bola Sepak

De Gea akan mulakan aksi final Piala FA - Mourinho

david-de-gea_1uqxr5sjumry71564x0uyddfga_1.jpg
David de Gea akan memulakan perlawanan bersama Manchester United untuk menentang Chelsea dalam final Piala FA, kata Jose Mourinho.

De Gea bermain dalam kemenangan 2-1 ke atas Tottenham dalam separuh akhir tetapi Sergio Romero sebelum itu beraksi sepanjang kejohanan itu bersama United.

Penjaga gol Argentina itu juga bermain menentang Watford dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini, yang menimbulkan spekulasi dia akan membuat penampilan di Stadium Wembley, awal pagi esok.

Mourinho, bagaimanapun, mengesahkan De Gea akan memakai sarung tangan itu dalam usaha untuk United meraih trofi pertamanya musim ini.

"Ya, De Gea akan bermain," kata Mourinho kepada pemberita, hari ini. "Dia (Romero) cedera untuk tempoh yang panjang, sekitar dua bulan.

"Dia tidak bermain beberapa aksi yang biasanya akan menjadi perlawanannya, separuh akhir menentang Tottenham, beberapa lagi perlawanan sebelum final. Dia hanya berlatih satu minggu sebelum menentang Watford.

"Dan itu sebabnya. Ia bukan tentang percaya atau tidak, ia bukan mengenai keyakinan saya kepadanya."

De Gea meraih Sarung Tangan Emas Liga Perdana yang pertama selepas mengharungi satu lagi kempen cemerlang sementara dia juga meraih Pemain Terbaik Tahunan United buat kali keempat.

Advertisement

Must Watch Video