Zlatko Dalic menolak soalan jika mahu mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika jurulatih Croatia itu meletakkan keutamaan untuk aksi final Piala Dunia.
Dalic melonjak sebagai nama besar dalam bola sepak selepas membawa Croatia ke pentas final Piala Dunia buat kali pertama, dengan Perancis menjadi halangan buat negara Balkan itu untuk menjulang trofi di Moscow, esok.
Pengendali berusia 51 tahun itu menggantikan Ante Cacic apabila Croatia bergelut dalam saingan kelayakan tetapi Dalic memastikan kemenangan aksi play-off ke atas Greece membawa mereka ke Russia 2018.
Dalic –- yang mempertingkat mutu kejurulatihannya di Asia apabila membawa gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain, ke final Liga Juara-Juara AFC 2016 -- hanya selangkah menuju kejayaan terbesar buat Croatia.
Masih berteka-teki dengan perancangan masa depannya dan berkemungkinan ke England, Dalic berkata, "Saya tidak boleh memikirkan mengenainya kerana ia akan memberikan tanggapan yang negatif buat rakyat Croatia ketika kami hanya selangkah untuk bergelar pasukan terbaik dunia.
"Saya bermula daripada kelab kecil. Saya memberitahu kelab besar memiliki risiko yang tinggi.
"Sukar buat saya bersaing di Eropah kerana trdapat sebilangan besar pengurus atau jurulatih yang terkenal.
"Tetapi saya sering memberitahu, 'Berikan saya Barcelona atau Real dan saya akan menjuarai gelaran'.
"Saya selalu mengambil jalan yang sukar dan perlu bersaing dalam karier dan kehidupan saya. Saya tidak mahu tinggal di Croatia dan memilih untuk berkelana ke luar negara.
"Kami kurang mendapat penghormatan di Eropah walaupun terdapat jurulatih seperti Slaven Bilic dan Niko Kovac (ketua jurulatih Bayern Munich) memiliki keputusan yang positif. Saya bermula dari bawah dalam tempoh setahun dan menjadi jurulatih terbaik di Asia.
"Saya mengendalikan kelab terbaik Asia dan mara ke final Liga Juara-Juara Asia. Ia telah memberikan pengalaman yang besar buat saya."