Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers, memuji persembahan Hamza Choudhury dalam babak kedua separuh akhir pertama Piala EFL menentang Aston Villa yang berakhir 1-1 awal pagi tadi sambil menyifatkan pemain tengah itu sebagai individu yang mengembalikan identiti pasukannya.
The Foxes beraksi cemerlang dalam babak pertama di Stadium King Power tetapi dikejutkan dengan gol pembukaan lawan hasil ledakan Frederic Guilbert pada minit ke-28.
Villa tampak mampu mengesahkan kemenangan kerana Leicester bergelut untuk mencipta peluang selepas rehat dan penjaga gol pelawat, Orjan Nyland, menikmati aksi cemerlang.
Kelechi Iheanacho akhirnya menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki 16 minit tetapi Choudhury -- yang mengatasi Douglas Luiz dalam gerakan untuk jaringan itu -- meraih pujian Rodgers.
Dia dibawa masuk selepas rehat untuk menambah kekuatan di bahagian tengah setelah Wilfred Ndidi diketepikan akibat kecederaan dan Rodgers menerima hakikat dia perlu mempertaruhkan pemain daripada akademi.
"Kami mendominasi permainan tetapi agak pasif dalam babak pertama, terlalu perlahan. Segalanya tampak perlahan," katanya.
"Kami tidak berikan tekanan yang cukup.
"Kami melepaskan gol, perlu lebih kuat tetapi tetap tenang dan melajukan permainan serta banyak mencipta larian. Kami sangat bagus dalam babak kedua. Lawan melakukan beberapa aksi hebat untuk menafikan kemenangan kami. Pujian buat Villa, mereka menjadikannya sangat sukar.
"Choudhury memberikan perbezaan besar dan saya silap tidak meletakkannya dalam kesebelasan utama. Kami boleh lihat bahawa The Foxes perlukannya. Dia memberikan identiti kami semula.
"Ndidi sangat bagus buat kami. Dia besar dan kami agak perlahan serta tidak agresif jika turun tanpanya atau Choudhury."
Editor: Nafis Abdullah