Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea tidak lagi diselubungi musim suram -- Mauricio Pochettino

axel-disasi.jpg
CHELSEA 1 LIVERPOOL 1 

Mauricio Pochettino menegaskan Chelsea telah melupakan kekecewaan musim lalu yang mneyaksikan pasukan berwajah barunya itu membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 1-1 ketika berhitung dengan Liverpool di Stamford Bridge, tengah malam tadi. 


Tuan rumah mengharungi permulaan yang sukar tatkala cuba mengimbangi keamuhan pasukan asuhan Jurgen Klopp itu tetapi gawang mereka tetapi dihukum Luis Diaz selepas 18 minit permainan hasil umpanan Mohamed Salah.

The Reds hampir melebarkan kedudukan sebelum video bantuan pengadil (VAR) campur tangan dan mendapati Salah ofsaid ketika Liverpool mendominasi sebahagian besar separuh masa pertama.

Tetapi Chelsea perlahan-lahan memperkemaskan penyamaan untuk menyamakan kedudukan apabila terpaan pertahanan, Axel Disasi, yang membuat permulaan pertamanya menyudahkan tandukan Ben Chilwell untuk merapatkan jurang, lapan minit sebelum rehat.

VAR sekali lagi digunakan untuk membatalkan jaringan Chilwell dua minit kemudian, tetapi selepas itu anak pasukan Pochettino tenang melancarkan ancaman terhadap barisan belakang Liverpool sambil penyerang, Nicolas Jackson, melepaskan  peluang terhidang apabila rembatannya dari jarak enam ela melepasi palang.

Pengurus itu mengulas prestasi barisannya dengan berasakan anak buahnya tidak lagi terbawa-bawa trauma musim lalu yang menyaksikan mereka gagal mencabar sebarang kejuaraan serta menduduki tempat ke-12 liga.

"Saya bersetuju bahawa awal permainan ia menjadi sukar," katanya. 

 
“Liverpool lebih baik selepas 15-20 minit tetapi kami mula mendapat rentak dan formasi kami atas apa yang kami usahakan. Dan selepas itu, persembahan barisannya adalah sangat bagus.

“Kami menjaringkan gol dan selepas kami mempamerkan persembahan yang hebat. Saya rasa kami layak menang, kami hanya membenarkan satu percubaan tepat ketika berdepan pasukan seperti Liverpool. 




“(Saya) sangat gembira. Ini hanyalah satu permulaan. Saya perlu berterima kasih kepada pemain.

“Apabila kami tiba di sini pada hari pertama, kami tidak bercakap tentang masa lalu, ia sudah lama berlalu. 

"Kami perlu melangkah ke depan sekalipun terhadap apa yang terjadi beberapa saat sebelumnya. Kami perlu terus mengorak langkah. 

“Aksi paling penting dalam bola sepak adalah yang seterusnya dan itulah yang kami mahu selesaikan. 

"Kami ingin bercakap tentang masa kini dan masa depan. Kami membuktikan kepercayaan itu dan pasukan akan terus berjuang.”

Advertisement

Must Watch Video