Frank Lampard mencadangkan Chelsea terlalu mengharapkan Callum Hudson-Odoi, namun berikrar untuk terus meletakkan kepercayaan kepada pemain berusia 19 tahun itu dan melindunginya daripada kritikan.
Pemain sayap England itu menyerlah pada permulaan penampilan dalam skuad senior tetapi bergelut untuk mencipta impak sejak kebelakangan ini apabila gagal beraksi cemerlang ketika membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak dua bulan lalu apabila tewas 2-0 kepada Southampton.
Pengurus, Lampard, mengakui Hudson-Odoi masih belum mendapatkan persembahan konsisten untuk berada dalam kesebelasan utama Chelsea, namun beliau akan tetap bersabar dengan pemain muda itu.
"Mungkin kita mengharapkan terlalu tinggi kepadanya," kata Lampard.
"Tidak ramai pemain berusia 19 tahun beraksi setiap minggu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), terutama sekali daripada kelab kami sendiri.
"Dia memiliki persaingan dalam posisinya. Jadi dia perlu menampilkan persembahan konsisten dalam setiap sesi latihan untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
"Menerusi perbincangan di antara saya dan Hudson-Odoi, dia memahami apa yang perlu dilakukan di dalam dan luar padang dan saya akan tetap memberikan kepercayaan kepadanya."
Hudson-Odoi telah dilaporkan bimbang di sebalik kritikan dalam laman sosial selepas tewas kepada Southampton tetapi Lampard yakin penyokong sentiasa berada di belakang pemain-pemain mereka.
"Saya telah katakan selepas tamat perlawanan berdepan Southampton, dia masih muda. Baru sahaja berusia 19 tahun.
"Saya berasakan kami perlu memberikan masa kepadannya. Saya tidak memiliki sebarang masalah dengannya. Saya berasakan dia beraksi cemerlang ketika bertemu Arsenal dan ia mampu meningkatkan semangatnya."
"Saya turut berasakan penyokong Chelsea sentiasa berada di belakang pemain. Mereka mahu menyaksikan kesungguhan serta kemampuan Chelsea."
Editor: Ammar Hakim