Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) mengetepikan rayuan Persatuan Bola Sepak Serbia (FAS) agar membatalkan keahlian Kosovo dalam Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
Mei tahun lalu, Kesatuan Bola Sepak Kosovo (FFK) menjadi anggota ke-55 UEFA semasa kongres di Budapest dengan meraih 24 undian dalam kalangan 28 pengundi.
Seminggu kemudian, Kosovo menyertai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan secara tidak langsung melayakkan mereka untuk menyertai kempen kelayakan Piala Dunia ke Russia 2018.
Serbia tidak mengiktiraf wilayah Kosovo yang mengisytiharkan merdeka pada 2008 biarpun CAS menolak permohonan FAS itu yang mendorong UEFA untuk menangguhkan pendaftaran FFK.
Menurut kenyataan CAS: "Panel CAS yang bertanggungjawab bagi perkara ini berkata FAS mempunyai sebab-sebab mahu membangkitkan perkara ini dan mempunyai sebab yang munasabah untuk memfailkan rayuan memandangkan peruntukan yang berkaitan dalam Statut UEFA (Perkara 5 (1)) adalah samar-samar dan memerlukan penjelasan.
"Peruntukan tersebut menyatakan bahawa keahlian UEFA terbuka kepada persatuan bola sepak negara yang terletak di benua Eropah, yang berpangkalan di negara yang diiktiraf oleh Kesatuan Eropah (UN) sebagai sebuah negara merdeka.
"Dengan mengambil kira bahawa tidak ada pengiktirafan rasmi UN, Panel CAS mentafsir (artikel berkaitan dalam Statut UEFA) membawa makna bahawa wilayah di mana persekutuan bola sepak itu berada, perlu diiktiraf oleh majoriti anggota UN sebagai negara merdeka.
"Panel CAS mendapati bahawa pra-syarat ini telah dipenuhi oleh FFK dan kesimpulan itu juga sejajar dengan kehendak yang dinyatakan oleh majoriti ahli FIFA di Kongres UEFA untuk menerima FFK sebagai ahli UEFA yang baru. Justeru, rayuan FAS telah ditolak."