Kapten skuad bola sepak pekak negara, Mak Chee Weng, mengakui kecewa gagal mencari mata buat skuad negara malam tadi.
Mereka turun dengan amanat besar untuk mengejutkan Mesir yang dilabel sebagai pasukan pilihan Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia.
"Kami mengadakan perbincangan selepas kekalahan besar dan tidak cukup rehat.
"Namun, hari ini kami rasa bersemangat dan bermotivasi dan ingin berjaya.
"Walaupun kalah tapi kami puas sebab kami tahu telah berusaha 100 peratus," katanya selepas perlawanan.
Mereka hampir melunaskan misi di Stadium UiTM, Shah Alam, namun bolos pada minit ke-77 menerusi Mohamed Elgouhar Mohmed Taman dan secara tidak langsung, menutup peluang anak buah Haris Lajid itu yang memerlukan keputusan seri untuk meloloskan diri ke pusingan 16.
Haris mengakui ada perubahan selepas anak buahnya longlai dalam aksi kedua bertemu Jerman, namun situasi itu tidak cukup untuk dijadikan sebagai pertaruhan berada dalam kelompok 16 terbaik.
"Pemain faham falsafah saya walaupun berdepan persiapan singkat," katanya.
Skuad negara masih memiliki perlawanan bertemu Thailand dan jika menang, Cameroon menanti bagi penentuan kedudukan 17 hingga 19.
Jurulatih mesir, Asmail Hamada Kosnye, tidak menafikan mereka terpaksa berhempas pulas untuk memastikan mata penuh dan kemenangan dalam perlawanan ketiga benar benar menguji kemampuan pasukannya.
"Sebelum ini kami bergelar naib juara, kali ini kami menyasarkan kejuaraan," katanya pula.