Ketua jurulatih Kelantan, Fajer Ibrahim, menyuarakan hasrat untuk melepaskan jawatannya sejurus anak buahnya tersungkur 0-2 kepada PKNP FC dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Batu Kawan, malam tadi.
Biarpun baru mengambil alih tanggungjawab itu Mac lalu bagi menggantikan Sathit Bensoh, Fajer memaklumkan keinginan itu menerusi pembantu jurulatihn, Yusri Che Lah.
Menurut Sinar Harian, jurulatih dari Syria itu mengesahkan berita itu serta melabel sikap pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mendorongnya untuk melepaskan jawatan itu selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan.
"Pengurusan yang teruk, hanya presiden KAFA (Bibi Ramjani Ilias Khan) seorang yang memberi sokongan terhadap pasukan ini.
"Setiap kali mengharungi satu-satu perlawanan. saya berdepan masalah dengan pihak pengurusan. Saya akan bertemu presiden KAFA malam ini," katanya ringkas.
Sementara itu, Bibi Ramjani meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan akan menjawab isu itu dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.
Pelantikan Fajer mencuri perhatian apabila cenderung memilih pemain muda serta mengambil langkah berani menggugurkan beberapa pemain utama seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Norfarhan Mohamed.