Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Berniaga ketika aksi JDT-Sri Pahang demi tanggung anak di asrama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

final.jpg
Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, berkongsikan pengalaman berada di perkarangan stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan akhir antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang, semalam.

Antara perkara yang mencuri tumpuan adalah mengenai keadaan persekitaran ekosistem yang bergantung kepada aksi bola sepak terutamanya daripada aspek perniagaan.

Perkara itu dikongsikan Karl dalam wawancara Pasca Perlawanan Final Unifi Piala Malaysia 2024/25 hari ini.

"Selepas 14 jam saya di situ, terdapat banyak perkara yang berkait rapat dengan ekosistem bola sepak Malaysia.

"Kebetulan ada peniaga yang menjual di situ, mereka bertanya mengenai pasukan yang tidak akan bertanding musim depan. 

"Mereka bertanya kerana jika ada 10 atau 15 pasukan beraksi di situ, adalah duit untuk anak-anak yang bersekolah di asrama.

"Saya tanya jika tiada perlawanan bagaimana, mereka berkata 'terpaksa bergantung pada pasar tani empat kali sebulan. pendapatan terjejas." katanya.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video