Skip to main content

Bola Sepak

Setiap kisah indah pasti akan berakhir -- Bernardo Silva tinggalkan City akhir musim ini

jdt

Penolong pengurus Manchester City, Pep Lijnders, mengesahkan figura kapten pasukan, Bernardo Silva, akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini selepas sembilan tahun.

Pemain kebangsaan Portugal berusia 31 tahun itu memenangi enam gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan satu trofi Liga Juara-Juara (UCL) di Etihad, dengan kontraknya kan tamat selepas kempen tamat dan bergelar ejen bebas.

Advertisement

"Saya harap dia dapat menikmati bulan terakhir -hanya tinggal enam minggu lagi- dan perpisahan dengan baik. Dia berhak mendapatkan semua perhatian itu. Dia tidak dapat digantikan. Setiap kisah yang indah akan berakhir juga." kata Lijnders yang menggantikan Pep Guardiola susulan menjalani penggantungan di tepi padang.

 

 

 

Untuk rekod, Silva menyertai City dari AS Monaco pada 2017 dengan nilai perpindahan sekitar 43.5 juta pound (RM232.29 juta) serta telah membuat 450 penampilan untuk skuad The Netizens.

Perancang tengah yang merupakan tonggak penting di bawah kendalian Guardiola itu terkenal dengan kepakaran kepelbagaian taktikal dan mempunyai etika kerja yang konsisten.

Must Watch Video