Skip to main content

Bola Sepak

Benitez perlu kekal bersama Newcastle -- Shelvey

benitezshelvey.jpg
Jonjo Shelvey berkata usaha memastikan Rafael Benitez kekal bersama Newcastle United adalah keutamaan bagi meneruskan kelangsungan pasukan menghadapi saingan musim depan.

Selepas membantu kelab itu kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), Benitez memastikan Newcastle bebas daripada zon penyingkiran dan kekal dalam saingan ini.

Di sebalik kejayaannya memastikan Newcastle dalam EPL, masa depan pengendali kelahiran Sepanyol ini masih belum jelas.

Pemain tengah, Shelvey, menyuarakan kepada kelab untuk melakukan sebaik mungkin untuk memastikan Benitez kekal di St James Park.

"Saya berasakan pengurus ini akan kekal dan beliau adalah aset utama kelab ini," kata Shelvey.

"Ketika saya menyertai kelab ini, tiada hubungan di antara penyokong dan pemain dan beliau telah mengubah perkara itu.

"Kini, ke mana sahaja anda pergi, penyokong sentiasa akan bercakap mengenai Newcastle.

"Beliau telah mengubah perkara ini."

Prestasi cemerlang Shelvey musim ini membenarkan bekas pemain tengah Liverpool itu menyertai skuad England ke saingan Piala Dunia.

Benitez percaya pemain berusia 26 tahun itu bakal menjadi pilihan yang baik buat Gareth Southgate di Russia nanti.

"Dia seorang pemain tengah yang berbeza," kata Benitez.

"Apabila anda berbincang mengenai skuad, jenis pemain yang berbeza mampu memberikan pilihan dan gaya permainan yang berbeza."
 

Advertisement

Must Watch Video