Skip to main content

Bola Sepak

Bekas kapten kebangsaan, M. Chandran, meninggal dunia

81569649816_mchandran.jpg
Bekas pertahanan dan kapten skuad bola sepak kebangsaan, M. Chandran, meninggal dunia di Ampang Jaya, Selangor, pagi tadi.

Pernah dianggap sebagai pemain paling bernilai bagi Malaysia semasa era kegemilangan bola sepak negara pada tahun 60-an dan 70-an, mendiang disahkan meninggal dunia oleh doktor yang membuat pemeriksaan ke atasnya pada pagi ini. 

Mendiang yang menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada jam 7.30 pagi tadi meninggalkan seorang isteri, Datin A. Pushpalatha, serta dua anak lelaki, masing-masing berusia 36 dan 38 tahun.

Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Noorul Ariffin Abdul Majeed, menyifatkan pemergian Chandran sebagai satu kehilangan besar dalam arena sukan negara dan ia juga diakui bekas rakan sepasukan, Datuk Soh Chin Aun.

"Kami kehilangan salah seorang wira negara dan amat terhutang budi dengan segala jasa dan bakti yang dicurahkannya," kata Noorul Ariffin.

"Kami sedih di atas pemergian bekas presiden dan legenda bola sepak negara, Datuk M. Chandran," ujar Chin Aun.

Antara pencapaian terbaik bekas pemain kelahiran Sungai Siput, Perak itu adalah memperkuatkan skuad negara yang layak ke Sukan Olimpik Munich pada 1972.

 

Advertisement

Must Watch Video