Skip to main content

Bola Sepak

Bayern kaji semua pilihan kecuali Sane

leroy-sane-cropped_f2hri679tuar1i7k9azlh0kuw.jpg
Pengendali Bayern Munich, Hansi Flick, telah ditanya mengenai kemasukan pemain baru dalam bulan ini dan pihak kelab cuba memenuhi permintaannya tetapi Hasan Salihamidzic mengesahkan Leroy Sane tidak akan hadir ke Allianz Arena dalam masa terdekat.

Pengarah Sukan Bayern, Salihamidzic, menemui media ketika Bayern menjalani latihan pertengahan musim di Doha, Qatar.

Dia mendedahkan Bayern sedang bekerjasama dengan Flick -- yang mengendalikan pasukan sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini susulan pemecatan Niko Kovac, November lalu -- dalam usaha membawa masuk pemain baru bulan ini.

"Saya tidak fikir banyak perkara akan berlaku," kata Salihamidzic mengenai perpindahan bulan ini, sebelum ini.

Namun, pemain Jerman yang dikaitkan dengan perpindahan daripada Manchester City ke Bayern, Sane, tidak akan berada dalam senarai itu.

Salihamidzic tidak menafikan juara bertahan Bundesliga itu akan mengkaji semula minat terhadap pemain sayap itu di penghujung musim ini -- tatkala Sane sedang berehat akibat kecederaan lutut yang serius -- tetapi menolak perpindahan dalam bulan ini.

"Ia bukan mengenai jendela perpindahan musim sejuk," katanya.

Bulan ini, Bayern telah menyatakan persetujuan untuk membawa masuk Alexander Nubel, yang akan meninggalkan Schalke secara percuma di penghujung musim ini, sekali gus meletakkan penjaga gol utama, Manuel Neuer, di bawah tekanan.

Namun, Salihamidzic menegaskan persefahaman dicapai dengan Nubel, 23, bahawa Neuer akan kekal selaku pilihan utama untuk musim depan.

"Nubel akan menjadi aset utama Bayern," tambahnya.

"Dia mempunyai cita-cita tinggi dan perwatakan yang hebat.

"Dia juga tahu bahawa Neuer merupakan penjaga gol nombor satu. Dia tidak sabar untuk bekerjasama dengan Neuer."



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video