Kapten Itali, Leonardo Bonucci, berkata Mario Balotelli telah berubah sebagai penyerang bagi menamatkan penantian empat tahunnya untuk muncul di arena antarabangsa.
Balotelli tidak bersama Itali sejak Piala Dunia 2014 di Brazil setelah dipinggirkan bekas jurulatih, Antonio Conte, Gian Piero Ventura serta Luigi Di Biagio.
Begitupun, bekas penyerang Manchester City, Inter, AC Milan dan Liverpool itu kembali dalam liputan Itali sejak diambil alih oleh Roberto Mancini susulan prestasi mengagumkan dalam Ligue 1 bersama Nice dengan merekodkan 43 gol.
Menjelang persiapan Itali menghadapi Arab Saudi awal pagi esok, Perancis (1 Jun) dan Belanda (4 Jun), Bonucci memuji penggempur berusia 27 tahun atas kematangannya.
"Sebagai ketua pasukan kebangsaan, pasti ada sesuatu yang anda boleh rasakan," kata Bonucci kepada wartawan menjelang pertembungan di St Gallen nanti.
"Terdapat rasa tanggungjawab yang kuat tetapi yang mengatasi segala-galanya adalah perasaan bangga. Saya mahu menjadi contoh yang betul kepada pemain lain, begitu juga Mario yang saya dapati telah berubah, matang."
Balotelli menambah: "Agak janggal tanpa (Daniele) De Rossi dan (Gigi) Buffon di sini, mereka dan rakan sepasukan saya adalah sahabat seumur hidup. Lambat-laun kita semua perlu mengatakan 'cukuplah'.
"Di Coverciano, saya merasainya dan tidak ketawa tanpa Gigi dan Daniele di sisi, tetapi saya banyak belajar daripada pemain legenda masa kini dan berharap dapat meneruskan nilai-nilai yang telah dikutip.
"Jika Buffon kembali, seperti biasa, dia akan menjadi nilai tambahan," tambahnya.