Skip to main content

Bola Sepak

Atletico cipta sejarah di Metropolitano -- Simeone

diegosimeone.jpg
Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone, mendedahkan pasukannya mencipta sejarah apabila meraih kemenangan ke atas Arsenal dalam aksi separuh akhir kedua Liga Europa (UEL), awal pagi tadi

Jaringan tunggal Diego Costa memberikan kemenangan 1-0 kepada Atletico di Wanda Metropolitano, melengkapkan kemenangan 2-1 secara agregat.

Simeone –- yang digantung daripada berada di tepi padang -- gembira di atas persembahan pasukannya di stadium baru itu, dengan pemenang dua kali UEL itu mara ke final buat kali ketiga dalam tempoh sembilan tahun.

"Sejarah telah terpahat dalam perlawanan dan stadium ini bertindak sebagai kubu bagi menghadapi aksi utama seperti ini," katanya.

"Saya dapat berasakan atmosfera di sini. Penyokong berada di belakang pemain dan pemain-pemain telah mencipta sejarah pertama Metropolitano."

Simeone terpaksa menyaksikan perlawanan bersama penonton selepas dibuang padang dalam aksi pertama di Stadium Emirates, di mana 10 pemainnya berjaya meraih keputusan seri 1-1.

Pengendali kelahiran Argentina itu bakal menghadapi aksi final berdepan Marseille di Lyon pada 16 Mei ini.
 

Advertisement

Must Watch Video