Mikel Arteta mengakui terjahan yang dilakukan Pierre-Emerick Aubameyang ke atas Max Meyer ketika Arsenal terikat 1-1 dengan Crystal Palace malam tadi "kelihatan jahat" tetapi menegaskan ia tidak berniat untuk mendatangkan kecederaan.
Penyerang kebangsaan Gabon itu diarah untuk meninggalkan padang pada minit ke-67 selepas rujukan video bantuan pengadil (VAR) mengubah keputusan layangan kad kuning kepada kad merah susulan terjahan kerasnya ke atas pemain tengah Palace berkenaan.
Aubameyang terlebih dahulu meletakkan The Gunners di depan menerusi gol liganya yang ke-14 pada minit ke-12 sebelum Jordan Ayew memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata menerusi percubaannya yang terbias pada minit kesembilan babak kedua.
Susulan terjahan itu, Meyer terpaksa dikeluarkan, namun Arteta menegaskan penyerangnya itu tidak berniat untuk mencederakan pemain lawan berkenaan.
"Saya baru menyaksikannya dan sejujurnya, ia kelihatan amat jahat," katanya dalam sidang media.
"Mengenali Auba, dia tiada niat untuk melakukan terjahan seperti itu.
"Harap-harap kecederaan itu tidak terlalu teruk dan kami bersimpati terhadapnya.
"Keputusan telah dibuat dan kami perlu menerimanya," katanya.
Walaupun kekurangan seorang pemain, Arsenal hampir memperoleh tiga mata pada penghujung permainan apabila percubaan Nicolas Pepe terkena tiang.
Ketika Arteta gembira dengan reaksi pasukannya yang beraksi dengan 10 pemain, dia meluahkan kekecewaannya kerana Palace diberikan kesempatan untuk kembali bersaing dalam perlawanan itu.
"Saya gembira dengan cara kami memulakan permainan, dengan cara kami mendominasi babak pertama.
"Tetapi amat jelas, selepas waktu rehat, kami sedar mereka akan mengasak, mereka mempunyai lebih ramai pemain di depan dan menekan kami.
"Kami mula memberikan mereka sepakan percuma dan itu adalah sesuatu yang perlu dielakkan.
"Selepas itu, kami mengubah permainan untuk memburu gol dan membenarkan mereka melakukan hantaran lintang.
"Akhirnya kami dibolosi oleh bola yang terbias dan saya amat kecewa dengan situasi itu.
"Selepas itu, saya perlu katakan yang kami memberikan reaksi yang baik selepas dibolosi.
"Selepas kad merah Auba, saya fikir kami telah memberikan reaksi yang lebih baik," katanya lagi.
Editor: Muzaffar Musa