Alisson Becker muncul sebagai penjaga gol pertama yang memenangi Anugerah Samba d'Or apabila mengalahkan rakan sepasukan di Liverpool, Roberto Firmino, sementara Neymar hanya di tempat kelima.
Penjaga gawang itu meraih 35.54 peratus undian untuk ditabalkan sebagai pemain Brazil terbaik di Eropah sambil Firmino di tempat kedua dengan 23.48 peratus.
Liverpool memenangi Liga Juara-Juara (UCL), Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab pada 2019 manakala gergasi Amerika Selatan itu mengungguli Copa America.
Pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva, pula menduduki tempat ketiga manakala seorang lagi tonggak Liverpool, Fabinho, menamatkan undian di tempat keempat.
Pemenang tiga kali, Neymar, yang terlepas kejayaan ketika Brazil menjulang Copa America di laman sendiri, di kedudukan kelima dengan hanya 7.57 peratus.
Firmino pernah memenangi anugerah itu pada 2018 dan Alisson merupakan pemain ketiga daripada kem The Reds untuk memenangi Samba d'Or selepas Philippe Coutinho melakukannya pada 2016.
Editor: Shaiful Shamsudin