Sumbangan luar biasa dalam membangunkan bola sepak tanah air daripada akar umbi hingga pentas antarabangsa, melayakkan Tan Sri Hamidin Mohd Amin dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan sempena Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS.
Figura ini bukan sekadar pentadbir sukan biasa, malah telah mendedikasikan lebih tiga dekad hidupnya untuk memperkasa ekosistem bola sepak Malaysia, menjadikannya antara tokoh paling berpengaruh dalam sejarah sukan negara.
Segalanya bermula pada 1995, apabila beliau dilantik sebagai Setiaausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Selangor (FAS). Kecemerlangannya dalam pengurusan sukan mendorong pelantikan sebagai SeIausaha Agung FAS pada 1998 hingga 2013.
Dalam tempoh 15 tahun itu, pasukan Selangor melakar kejayaan luar biasa dengan merangkul 18 trofi, termasuk lima kejuaraan Piala Malaysia, sekali gus mengukuhkan reputasi Gergasi Merah sebagai kuasa utama bola sepak tanah air ketika itu.
Pengalaman luas itu dibawa ke peringkat kebangsaan apabila beliau dilantik Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selama lima tahun, sebelum diberi mandat lebih besar sebagai Presiden pada 2018.
Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai transformasi struktur dan pembangunan telah dilaksanakan. Namun, pencapaian paling membanggakan tentunya apabila Malaysia layak secara merit ke Piala Asia 2023, menamatkan kemarau selama 43 tahun dan menjadi simbol kebangkitan semula skuad Harimau Malaya.
Hamidin dan FAM memulakan projek pemain naturalisasi dan warisan dengan misi memperkukuh skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa. Langkah ini nyata membuahkan hasil apabila Harimau Malaya yang dibarisi pemain naturalisasi dan tempatan berjaya melayakkan diri ke Piala Asia.
Tidak terhenti di situ, Hamidin terus memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan negara secara keseluruhan. Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), dan mencipta sejarah sebagai Presiden FAM pertama dilantik Chef de Mission (CDM) ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Timbalan Presiden SAM, Izahar Atan, berkata pemilihan Hamidin sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan amat tepat berdasarkan sumbangan beliau yang konsisten, menyeluruh dan berimpak Inggi kepada pembangunan bola sepak negara.
“Tan Sri Hamidin bukan sahaja mencurahkan kepakaran dalam pengurusan bola sepak, tetapi juga menunjukkan semangat kepimpinan luar biasa yang menjadi inspirasi kepada banyak pihak.
“Ketegasan visi, keberanian membuat keputusan dan komitmen tanpa henti terhadap pembangunan bola sepak menjadi asas kepada pemilihan beliau sebagai Tokoh Kepimpinan Sukan kali ini,” katanya.
Anugerah SAM-100PLUS 2024 dijadualkan berlangsung pada 14 Julai di Hotel Sunway Resort, Petaling Jaya dan akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.