Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan dan hukuman Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang didakwanya telah menghancurkan prestasi The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim ini.
Kekecewaan itu diluahkan akibat kegagalan KAFA menyelesaikan isu pendaftaran pemain import baharunya, Seydi L’Imam, dan terkini kemerosotan prestasi TRW yang kalah 0-3 kepada Melaka United (MU) dalam aksi kedua saingan Kumpulan C, Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook, Annuar menyifatkan kedua-dua pihak (FAM dan FMLLP) boleh meraikan kejayaan bersama melumpuhkan kekuatan skuad TRW.
“FMLLP dan FAM sudah boleh bergembira meraikan kejayaan mereka menghancurkan daya saing TRW. Kini, TRW sedang menuju Liga Perdana dan pelaburan penaja habis ke laut! Tahniah FMLLP dan FAM baru,” katanya.
Untuk rekod, konflik TRW bermula selepas Kelantan dipotong tiga mata dalam saingan Liga Super apabila didapati gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain musim lalu selain dikenakan sekatan bagi mendaftarkan penyerang import baharu kelahiran Perancis, Seydi.
Tambah merumitkan keadaan, KAFA telah mengikat kontrak dengan L’Imam tetapi dalam masa yang sama terpaksa membayar gaji penyerang import, Alessandro Podovani Celin, yang akan akan ditamatkan kontraknya akibat kecederaan dan kemerosotan prestasi. Malangnya, rayuan pendaftaran pemain ini telah ditolak FMLLP.