Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, akur dengan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menggantung jawatannya sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB), berkuatkuasa hari ini.
Annuar dalam laman sosial Facebooknya, menyifatkan sebagai penjawat jawatan yang dilantik oleh menteri, beliau menerima apa sahaja keputusan yang dibuat dengan hati terbuka dengan menegaskan prinsip integriti dan amanah sentiasa diutamakan.
“Sebagai penjawat jawatan yang dilantik oleh menteri, saya menerima apa sahaja secara berlapang dada dan penuh kebertanggungjawaban, terutama dalam rangka menjalankan tugas yang diamanahkan kepada saya. Prinsip integriti dan amanah insya-Allah sentiasa saya utamakan," katanya.
Annuar, yang juga penaja utama The Red Warriors (TRW) musim ini, mendakwa tidak tahu mengenai mesyuarat khas yang diadakan Ahli Majlis MARA dengan kebenaran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
“Saya tidak tahu-menahu hal mensyuarat khas ini dan saya juga belum mendapat maklum apa isunya kerana setakat ini saya tidak pernah diminta apa-apa penjelasan oleh sesiapa, baik Ahli Majlis atau YB Menteri.
“Mesyuarat Majlis yang dijadualkan 14 Februari nanti, saya bercadang untuk berbincang isu-isu berkaitan, tetapi nampaknya menteri telah memberi persetujuan untuk mesyuarat khas diadakan terlebih awal dan tanpa kehadiran saya,” katanya yang kini berada di New Zealand atas urusan rasmi MARA.
Annuar juga meminta semua pihak bertenang dan akan mengeluarkan kenyataan selanjutnya minggu depan.
“Saya akan membuat kenyataan selanjutnya minggu depan. Insya-Allah… biar segalanya tenang dulu dan tidak perlu terburu-buru."
Keputusan mengejut yang diambil oleh semua Ahli Majlis MARA itu dipercayai mempunyai kaitan dengan tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkaitan.