Skip to main content

Bola Sepak

Ange Postecoglou optimis aksi Tottenham

tottenham.jpg
TONTTENHAM 2 BRENTFORD 2 

Ange Postecoglou berikrar Tottenham akan terus maju ke hadapan sambil memuji ketabahan skuadnya kerana tidak menjadikan penghijrahan Harry Kane menganggu tumpuan mereka yang bergelut untuk seri 2-2 di Brentford, tengah malam tadi. 


Pemergian Kane ke Bayern Munich -- selain empat pemain yang membuat kemunculan pertama dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim itu -- menyumbang kepada permulaan era baru di Spurs di samping tuan rumah, Brentford, apabila menyajikan satu persembahan yang menghiburkan di barat London.

Cristian Romero meletakkan Tottenham di depan selepas 11 minit menerusi tandukannya sebelum jaringan pantas penyerang The Bees, Bryan Mbeumo dan Yoane Wissa, mengubah kedudukan perlawanan tetapi James Maddison -– yang menyarung jersi 10 ketika -- mencipta gerakan buat Emerson Royal menyamakan kedudukan.

Kedudukan itu kekal 2-2 di sebalik pelawat memperagakan penguasaan bola 69 peratus dan 18 percubaan, lantas sedikit sebanyak menggembirakan Postecoglou tetapi pemain Australia itu juga sedar mereka harus menjadi lebih baik di kawasan pertiga terakhir, terutama susulan penjualan penjaring terbanyak mereka itu. 

“Kelab-kelab bola sepak bergerak dengan pantas,” kata Postecoglou apabila ditanya adakah dia membincangkan pemergian Kane.

"Saya tidak perlu menanganinya, saya tidak perlu memberi mereka pelukan hangat hanya untuk melihat keadaan mereka. Kami mempunyai satu perlawanan untuk dihadapi dan mereka menyedarinya. 

“Saya fikir itu adalah satu perkara mustahak buat kami.


 
“Sekiranya kami berasa terganggu, saya terganggu mahupun orang lain, saya fikir anda boleh melihat buktinya pada hari ini, khususnya selepas separuh masa pertama.

"Kami menunjukkan daya tahan sebenar yang kami perlukan kerana ia pastinya akan menjadi tahun yang mencabar.

“Ia adalah satu titik permulaan yang baik untuk kami tetapi kami perlu terus meningkatkan prestasi dan kami akan melakukannya.

“Saya fikir ketinggalan selepas 1-2, sejurus melepaskan sepakan penalti dan gol sendiri, kami akan berputus asa tetapi perkara seperti itu saya tidak pernah rasakannya dalam kumpulan.”


 

Advertisement

Must Watch Video