MAN UTD 0 TOTTENHAM 1
Ruben Amorim hanya bimbang mengenai kedudukan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bukan jawatannya selepas mengalami kekalahan 0-1 di Tottenham, awal pagi tadi.
Jaringan James Maddison pada minit ke-13 membantu Spurs memintas United, sekali gus menyebabkan barisan kendalian Amorim itu terperosok di tangga ke-15 berturut-turut.
United tumbang lapan daripada 12 perlawanan terakhir EPL sementara Leicester City dan Southampton merupakan dua kelab yang paling banyak menanggung kekalahan.
United telah tewas 12 daripada 25 perlawanan liga yang merupakan kekalahan terbanyak mereka di peringkat kempen liga sejak 1973-74 (13).
Mereka berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi Alejandro Garnacho yang mengetuai serangan, namun rembatannya sekadar melewati palang sejurus Maddison membuka tirai jaringan.
“Ia menjadi pembeza kepada perlawanan ini. Mereka menjaringkan gol sementara kami tidak,” kata pengurus itu kepada BBC Match of the Day.
"Kami mempunyai peluang. Kami cuba mendapatkan keputusan positif tetapi pada akhirnya, pihak lawan menyumbat gol sedangkan kami tidak.
"Saya tidak gusar. Saya memahami peminat kami; dan apa yang media fikirkan mengenainya. Saya benci kekalahan, perasaan itu adalah yang paling teruk.
"Saya tidak memikirkan yang lain. Saya di sini untuk membantu pemain saya. Saya memahami situasi saya, tugas saya, saya yakin dengan kerja saya dan saya hanya mahu memenangi perlawanan.
"Carta liga merupakan satu kebimbangan buat saya. Saya tidak bimbang tentang diri sendiri."

8 - Manchester United have lost eight of their last 12 Premier League games (W3 D1); since the date of the first game in this spell (Dec 4th v Arsenal), the only sides to lose more matches in the competition are the current bottom two, Leicester (9) and Southampton (10). Rut. pic.twitter.com/NgFR7F0Zog
— OptaJoe (@OptaJoe) February 16, 2025