Guillermo Amor menafikan dakwaan Ernesto Valverde semakin hampir untuk dipecat selepas kekalahan Barcelona di tangan Atletico Madrid dalam perlawanan separuh akhir Piala Super Sepanyol awal pagi tadi.
Barca melepaskan dua gol dalam tempoh sembilan minit terakhir ketika tewas 3-2 di tangan Atletico di Jeddah, Arab Saudi awal pagi tadi.
Tatkala mereka menduduki takhta LaLiga, Barca hanya menang satu daripada lima aksi terakhir, termasuk tiga keputusan seri sehingga memberikan tekanan buat Valverde.
Namun, Amor -- selaku pengarah perhubungan institusi Barca -- menafikan wujud sebarang perbincangan untuk memecat pengurus itu.
"Ia banyak mengganggu kami sehingga tewas. Kami terus berusaha, situasi itu sangat panjang," katanya.
"Terdapat banyak perlawanan penting. Untuk bercakap tentang Valverde, tiada apa yang berlaku."
Selepas gol pembukaan Koke pada minit ke-46, Barca bangkit untuk mendahului hasil jaringan Lionel Messi dan Antoine Griezmann.
Namun, sepakan penalti Alvaro Morata membolehkan Atletico mengikat kedudukan sebelum Angel Correa meledakkan jaringan kemenangan ketika permainan berbaki empat minit.
Amor jelas tidak gembira dengan keputusan itu selepas jaringan Messi dan Gerard Pique dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR) akibat ofsaid.
"Apabila anda bermain bola sepak, perkara sebegini akan berlaku, terutama dalam aksi penting berdepan pasukan hebat," tambahnya.
"Anda fikir sudah menang tetapi boleh tewas. Dalam keseluruhan perlawanan, saya fikir kami mendominasi babak pertama.
"Mereka meneruskan kemaraan dan dua jaringan yang dibatalkan menjadi pengukur kami hampir menang dan lebih baik," tambahnya.
Editor: Nafis Abdullah