Skip to main content

Bola Sepak

Allegri geram disiplin pemain di atas padang

allegri-disappointed-with-juve-s-second-half-showing.jpg
JUVENTUS 2 AC MILAN 1

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri, menempelak kegagalan anak buahnya menguasai bola ke atas 10 pemain AC Milan di sebalik kemenangan 2-1 mereka dalam aksi suku akhir Coppa Italia, awal pagi tadi. 


Gol voli Paulo Dybala dan sepakan percuma Miralem Pjanic meletakkan Juve selesa mendahului ketika permainan baru berusia 21 minit. 

Gol Carlos Bacca selepas lapan minit berlangsungnya babak kedua tidak membawa erti besar kepada Milan berikutan layangan kad kuning kedua ke atas Manuel Locatelli.

Milan tetap menghadirkan bahaya kepada tuan rumah dan memiliki kesempatan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan yang mendorong rasa tidak puas hati Allegri. 

"Saya tidak katakan kami menderita pada separuh masa kedua," kata Allegri kepada Rai Sport. 

"Kami sedar menerusi beberapa perlawanan musim ini bahawa Milan tidak mudah berputus asa. Tidak kira apa jua keputusannya, mereka tetap berusaha keras dan menerapkan gaya permainan mereka.

"Kami memiliki deretan peluang dan tidak banyak digugat di bahagian pertahanan. Sebaik Dybala dikeluarkan, kami seperti berhenti bermain dengan kelebihan pemain dan ia mencetuskan masalah buat kami. 

"Pada akhirnya, ia adalah perlawanan 10 menentang 11 pemain. Namun, dengan empat rangkaian penyerang dan kelebihan seorang pemain tidak memberi banyak perbezaan secara taktikalnya. 

"Kami gagal memanfaatkannya. Kami melakukan banyak kesilapan dari segi hantaran dan berada terlalu ke dalam di kawasan sendiri. 

"Ia bukan isu sistem (permainan) serta sikap. Sudah tentu penggempur perlu membantu bahagian pertahanan tapi mereka lincah dan berkualiti, jadi segalanya berkemungkinan. 

"Segalanya bergantung kepada jenis perlawanan, pilihan pemain dan semua itu diambil kira. Jika sesiapa bersedia untuk bekerja keras, kualiti yang lebih baik di atas padang akan membantu kami. 

"Malam ini, kami tidak bertahan dengan baik kerana kami berhenti untuk menguasai bola."

Advertisement

Must Watch Video