Skip to main content

Bola Sepak

Alaves akui hilang kepakaran Facundo Garces rebut bola di udara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

facuondo-alaves.jpg
Deportivo Alaves tumpas 0-1 kepada seteru LaLiga, RCD Mallorca, awal pagi tadi, berikutan ketiadaan pertahanan kental, Facundo Garces yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana dipalit isu dokumentasi.

Pengendalinya, Eduardo Coudet, mengakui pertahanan berusia 26 tahun itu menjadi sandaran untuk mematahkan bola di udara sepanjang enam perlawanan lalu tetapi apa yang mustahak adalah isu ini dapat diselesaikan dengan badan induk dunia tersebut memberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tempoh 10 hari untuk mengemukakan aduan. 

"Hari ini kami kehilangannya. 

"Dia sebahagian daripada perancangan terutama untuk mematahkan bola tinggi.



"Saya tidak mahu kata isu Garces menjadi faktor penentu perlawanan.

"Kes Garces muncul secara mengejut, harap ia dapat diselesaikan dengan baik. 

"Dia tonggak penting tetapi yang lebih utama masalah ini dapat diselesaikan. 

"Dia kelihatan sangat tenang dan ia melegakan saya," katanya kepada portal sukan Sepanyol.


 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video