Skip to main content

Bola Sepak

Deportivo Alaves gantung sementara Facundo Garces

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

garces.jpg
Kelab La Liga, Deportivo Alaves, mengambil keputusan untuk menggantung sementara khidmat Facundo Garces daripada beraksi susulan denda daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung pemalsuan dokumen ketika menyarung jersi skuad kebangsaan.

Kelab itu akur dengan kehilangan pemain pertahanan berusia 25 tahun itu selain berharap perkara itu akan segera diselesaikan.

Berdasarkan kenyataan rasmi Alaves, berkongsikan: "Hasil daripada sekatan yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA ke atas Facundo Garces, pemain itu digantung sementara  dan tidak akan menjadi sebahagian daripada skuad sehingga prosiding yang sedang berjalan diselesaikan.



 

"Kelab menyatakan rasa hormat akan keputusan yang dibuat oleh badan berkaitan dan percaya keadaan akan diselesaikan secepat mungkin." katanya.

Terdahulu, dia digugurkan pada hari perlawanan Ketika berdepan Mallorca, dengan kehilangan khidmatnya dirasai pengurus pasukan, Eduardo Coudet.

"Dia sebahagian daripada perancangan terutama untuk mematahkan bola tinggi. Saya tidak mahu kata isu Garces menjadi faktor penentu perlawanan.

"Kes Garces muncul secara mengejut, harap ia dapat diselesaikan dengan baik. Dia tonggak penting tetapi yang lebih utama masalah ini dapat diselesaikan." ujarnya.
Kasut Futsal

Masa Untuk Training

Tingkatkan stamina dengan kasut futsal berkualiti.


? Lihat Kasut

Advertisement

Must Watch Video