Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak, menganggap tiga aksi persahabatan di Bangkok sebagai tapisan awal sebelum beliau membentuk skuad utama dalam persediaan Piala AFF B-19, Julai depan.
Majoriti pemain yang bersama dengan skuad B-19 negara kali ini adalah muka-muka baru.
Tegas Hodak, tiga aksi persahabatan yang bermula esok di Bangkok adalah pemilihan fasa awal sebelum fasa kedua yang akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri nanti.
Seramai 23 pemain dibawa Hodak untuk diuji keberkesanan mereka dalam aksi membabitkan skuad utama B-19 Thailand, kelab Chonburi FC dan kelab Assumption United.
"Saya mahu mencuba beberapa pemain muda, jadi kami memiliki lebih besar jumlah pemain. Jadi, jika ketika Piala AFF atau sebelum Kejohanan AFC terdapat pemain yang cedera, lebih mudah untuk mencari pengganti.
"Sesetengah pemain perlu lebih peka dengan tuntutan taktikal yang diberikan kepada mereka," kata Hodak.
Seramai lima muka baru daripada 23 pemain diketengahkan Hodak selepas 27 pemain mencuba nasib dalam kem latihan negara yang bermula 20 Mei lalu.
"Seperti saya katakan sebelum ini, saya mengharapkan, lebih-lebih pemain baru, agar mempamerkan persefahaman tinggi yang diraih ketika sesi latihan untuk diterjemah sewaktu perlawanan sebenar."
Selain saingan Piala AFF B-19, skuad kendalian Hodak turut berhadapan cabaran penting saingan Piala AFC, September depan.