Pengalaman bermain dalam aksi pramusim di Sepanyol baru-baru ini memberi semangat baru buat pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, untuk tampil lebih menyinar bersama Harimau Selatan dan pasukan kebangsaan.
Bintang JDT itu menyifatkan tujuh perlawanan persahabatan yang dihadapi sepanjang tempoh itu cukup memberi impak terhadap perkembangan prestasinya, malah meningkatkan kematangannya sebagai seorang pemain.
Mengulas mengenai kehadiran empat pemain warisan baru ke dalam skuad utama JDT, Arif Aiman melihatnya sebagai satu perkara yang positif.
Perkongsian ilmu baru serta pengalaman yang mereka miliki banyak membantunya dalam memperbaiki mutu permainan.
"Keadaan baru ini memberi kekuatan kepada pasukan dan kami antara satu sama lain juga dapat belajar dan mendapat pengalaman yang lebih luas daripada mereka ," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.
"Sasaran kami adalah untuk pergi lebih jauh semana yang kami boleh dan saya akan memberikan yang terbaik.
"Mengenai prestasi, saya tidak boleh mengungkapkan apa-apa kerana ia persediaan kami sebelum musim baru bermula.
"Persediaan ini adalah kunci kejayaan kami untuk menghadapi perlawanan yang akan datang dan saya rasa semuanya berjalan dengan lancar," katanya.