Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, tidak kecewa dengan kekalahan 1-2 di tangan tuan rumah, Kelantan, malam tadi tetapi menganggap pertemuan itu sekadar menguji persefahaman pemainnya sebelum menghadapi cabaran dalam aksi sebenar bulan depan.
"Kami tahu aksi pramusim lebih kepada 'trial and error'. Kami tahu apa objektif yang hendak dicapai apabila datang ke sini (Kota Bharu).
"Aksi malam ini (tadi) juga lebih kepada menguji kesemua pemain dan kami tengok apa yang boleh digunakan bagi menghadapi kelayakan Liga Juara-Juara Asia," katanya selepas perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV itu.
Beliau yang juga bekas pengendali Home United FC juga mengharapkan dua penyerang terbaik Liga Super musim lalu yang baru diikat skuad Lang Merah mampu membentuk gandingan mantap bagi menguatkan jentera serangan.
"Sebagai jurulatih, tentulah saya mengharapkan sesuatu daripada kombinasi Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.
"Namun, kena beri mereka masa untuk bentuk keserasian dan persefahaman. Mereka bukan datang dari negara yang sama, jadi kami harus bersabar dan beri peluang kepada mereka," tambahnya.
Untuk rekod, skuad Lang Merah memilih Kemboja sebagai medan latihan pramusim seterusnya dan akan turun menentang Kelab Visakha, Rabu ini.
Kredit Foto: Kedah FA
Editor: Nafis Abdullah