Dipanggil kembali menyarung jersi negara selepas setahun, kapten skuad Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak, mengakui rasa tertekan dengan tanggungjawab yang perlu digalas ketika ini.
Semua sedia maklum kelibat pertahanan berusia 32 tahun itu ditagih penuh untuk memperbaiki kerapuhan pertahanan negara yang sudah dibolosi empat jaringan dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 setakat ini.
Sudah pasti dengan pengalaman yang dimiliki, pemain berpengalaman Johor Darul Ta'zim (JDT) itu diharap mampu untuk mengubah keadaan menerusi pengalaman dan kepimpinannya.
Mengakui ada rasa tertekan, Aidil menegaskan rasa itu perlu ada untuk dia menguasai ketahanan mental setelahs terlepas dua perlawanan kelayakan.
"Saya sudah biasa dengan tekanan dan ia diperlukan untuk pemain bagi mencabar sementara membantu setiap pemain menampilkan permainan yang lebih cemerlang," katanya.
Kembali ke dalam pasukan dengan gelaran pemain senior, Aidil menolak sebarang telahan besar kepala, malah menganggap kepakaran Tan Cheng Hoe adalah keutamaan skuad negara.
"Sebagai pemain senior, ia tidak membenarkan diri ini untuk melakukan perkara sesuka hati. Saya juga harus mengikut taktikal yang diterapkan jurulatih."